Video : Interpol Mula Siasat Skandal BMF – PSMP

PETALING JAYA – Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) menegaskan polis antarabangsa (Interpol) akan memulakan siasatan awal mengenai penyelewengan BMF di Hong Kong, pembunuhan juruaudit BMF, Jalil Ibrahim pada tahun 1983 dan skandal forex 1992 nanti.

 

Pegawai Tugas-tugas Khas PMSP, Shafik Abdullah berkata, pihaknya telah menghubungi Presiden Interpol dan akan ke China untuk siasatan tersebut.

 

“Saya telah menghubungi dengan China sebab Presiden Interpol juga merupakan Timbalan Menteri Keselamatan China.

“Kami akan pergi ke Beijing dimana mereka akan mulakan siasatan peringkat awal dan akan adakan sidang media terus daripada Beijing untuk memberitahu kepada semua negara yang terlibat seperti UK (United Kingdom) kerana Hong Kong sebelum ini bawah UK.

 

“Selepas pengesahan daripada China, kami akan beritahu secara terbuka apabila pergi untuk bersama dengan Interpol untuk membuka kes-kes melibatkan BMF, pembunuhan Jalil Ibrahim dan forex. Ini perjudian forex bukan skandal forex,” katanya pada sidang media di pejabat PMSP di Petaling Jaya di sini.

Shafik mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengeluarkan kenyataan yang salah dalam Dewan Rakyat dahulu apabila mengatakan Malaysia tidak mempunyai hak untuk menjalankan siasatan tersebut.

 

“Bila Tun Mahathir kata kita tidak boleh buat siasatan di Hong Kong, kita tiada hak hendak siasatan, itu adalah satu penipuan yang diberitahu pada 1985 dalam Parlimen,” katanya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.