Hero Goblin Penat, Mahu Berehat

Hero drama Goblin, Gong Yoo ambil keputusan berehat selepas episod akhir drama itu disiarkan hujung Januari lalu.

Jadual kerja Gong Yoo sangat padat membuatkan aktor berusia 37 tahun itu belum mempunyai masa untuk berehat, lapor agensinya, Soop Management.

“Selepas Goblin tamat, Gong Yoo kini masih sibuk dengan penggambaran iklan. Dia perlu memberikan komitmen dan fokus terhadap kerjanya sebelum bercuti, petik AstroGempak.

“Gong Yoo bakal bercuti sekitar pertengahan bulan Mac kerana jadualnya pada waktu dia tidak mempunyai sebarang aktiviti ataupun penggambaran.

“Jadi peluang tersebut akan digunakan sebaik mungkin oleh Gong Yoo untuk berehat. Sepanjang tempoh tersebut, dia juga akan meneliti beberapa skrip dan juga tawaran yang diterima untuk projek seterusnya,” katanya.

Tambah wakil agensi itu juga, selepas Train To Busan, Gong Yoo bakal terlibat dengan sebuah filem baru tidak lama lagi.

“Berkemungkinan besar, untuk projek akan datang Gong Yoo bakal terlibat dengan sebuah filem baru berbanding drama,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.