Datuk Seri Dituduh Ketua Geng 24

GEORGE TOWN – Seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Ng Chian Sia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah te­rancang, Geng 24 Pulau Pinang sejak dua tahun lalu.

 

Tertuduh yang dikatakan mengetuai Geng 24 Pulau Pinang itu dituduh bersama 21 konco kumpulan berkenaan semalam.

 

Selain Chian Sia, 55, tertuduh lain ialah Teh Swee Chin, 31, Bee Mooi Siang, 44, Eee Ching Hock, 47, Jeremy Cheng Yee Fun, 34, Mah Chee Seng, 46, Yeoh Kah Man, 26, Goh Shun Shien, 36, Ng Ah Boey, 45, Yeoh Choon Hin, 37 dan Teng Kok Haw, 26.

 

Turut didakwa Lim Leong Huat, 27, Chee Chia Heng, 32, Song Wai Hon, 33, Teoh Jong Yow, 36, Yeoh Choon Hong, 45, Lee Chew Hong, 40, Tan Soo Ching, 36, Teh Ang Beng, 38, Tang Soon Poh, 24, Teoh Chin Yeow, 24 dan Teng Kok Loon, 29.

 

Kesemua tertuduh ha­nya mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Roslan Hamid.

 

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua mereka sepanjang tempoh sejam prosiding itu.

 

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa telah menjadi ahli kumpulan kongsi jenayah terancang Geng 24 Pulau Pinang sejak 1 Januari 2015 hingga 29 Januari 2017 di negeri ini.-Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.