Wakil Rakyat PKR Dikecam Kerana ‘Angpow’ RM1.00

KUALA LUMPUR – Seorang wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikecam disebabkan pemberian angpau RM1 di satu majlis sambutan tahun baru cina, malam tadi.

 

Orang ramai yang hadir menerima angpau tersebut mengeluh kerana disuruh beratur panjang tetapi mendapat imbuhan yang tidak masuk akal.

 

Maklumat yang dikongsi pemilik akaun Facebook, Abdulmuzammir Abdulmajid Pk menulis, ketika dia sedang menikmati makan malam di sebuah gerai Parlimen Permatang Pauh, dia terdengar sekumpulan masyarakat mendakwa seorang wakil rakyat hanya memberi angpau RM1 kepada penerima.

 

“Kata kaya banyak duit tapi untuk rakyat angpau pun bagi RM1, Suruh beratur punya panjang naik pentas ambik gah macam bagi ang pau RM50 atau RM100 seorang rupanya RM1.. apa punya kedekut YB ni,”kata penerima angpau tersebut.

 

Menurut Abdulmuzammir, dia tidak dapat memastikan maklumat yang diterima ini dari sumber yang sahih atau tidak.

 

“Betul atau Tidak ini sembang sok sek sok sek kedai kopi malam ni berkenaan sambutan Gong Xi Fa Chai Ang Pau RM1,”akhirinya. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.