‘Tangguh Pekerja Asing Hanya Drama’ – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menangguhkan pengambilan pekerja warga asing disifatkan hanya drama bagi meredakan kemarahan rakyat.

 

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mendakwa, kerajaan tetap meneruskan kemasukan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh meskipun mengarahkan penangguhan.

 

“Kita jangan mudah teruja dengan drama, setakat penangguhan ini adalah untuk meredakan kemarahan rakyat. Tetapi sebenarnya, pekerja akan tetap dibawa masuk dengan jumlah 1.5 juta.

 

“Jangan terus bermain drama, terus memutarbelitkan rakyat, kerana yang kita nak lihat, pembatalan terus secara muktamad, tidak ada lagi pekerja warga asing.

 

“Masalah kekurangan pekerja boleh kita uruskan dengan cara yang lain, banyak lagi kaedah dan bukan dengan jalan mudah,” katanya dalam satu ceramah yang dimuat naik di laman sosial.

 

Tambahnya, kerajaan sebelum ini juga ada mengumumkan pemansuhan sementara kemasukan pekerja asing namun ia diteruskan secara senyap-senyap.

 

“Dulu pun Kabinet kata bekukan, tetapi teruskan dalam senyap-senyap. Ia termasuk juga kuota pekerja asing, peringkat demi peringkat, sampai kita lihat, berapa banyak jumlah membanjiri negara kita hari ini,” katanya.

 

Terdahulu, kerajaan mengumumkan rancangan membawa masuk 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh bagi memenuhi permintaan majikan dan industri.- SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.