Sultan Johor Naik Motor Kapcai Jumpa Rakyat

KOTA TINGGI – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini mencemar duli apabila mengadakan kunjungan spontan untuk mendekati rakyat baginda baru-baru ini.

 

Menurut Sultan Ibrahim tindakan itu bagi membolehkan baginda mendapat pandangan sekaligus menyelami permasalahan rakyat.

 

“Saya suka melawat ke kampung-kampung dan berbual bersama orang-orang kampung dengan secara santai, tanpa tatacara istiadat yang ada ketika kunjungan rasmi.

 

“Ia juga memberikan saya pandangan secara sepintas lalu kepada gaya kehidupan harian mereka dan saya mendapat tahu mengenai banyak perkara dengan cari ini,” titah baginda di dalam laman Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

 

Paling menarik perhatian ketika kunjungan di kampung Lepau itu, apabila baginda hanya menggunakan motor kapcai tanpa ada sebarang protokol.

 

Masyarakat di sekitar kampung tersebut jelas terkejut apabila baginda turut singgah di beberapa buah rumah serta kedai runcit sambil bertanya bertanya khabar. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.