Najib Ucap Tahniah Kepada KWSP Umum Dividen Tinggi

Kuala Lumpur- Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengumumkan kadar dividen tinggi bagi 2015 iaitu 6.40 peratus, walaupun berdepan cabaran ekonomi.

 

Perdana Menteri berkata beliau mahu KWSP meneruskan usaha untuk memberikan pulangan terbaik kepada semua pencarumnya.

 

“Tahniah KWSP berjaya umum dividen tinggi 6.40 peratus bagi 2015 walaupun berdepan cabaran ekonomi. Teruskan usaha beri pulangan baik kepada pencarum,” katanya menerusi twit terbaharunya hari ini.

 

Semalam, KWSP mengumumkan kadar dividen 6.40 peratus bagi 2015 dengan pembayaran keseluruhan berjumlah RM38.24 bilion.

 

Sebanyak RM5.98 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi tahun berkenaan, iaitu peningkatan 10.13 peratus berbanding RM5.43 bilion pada 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.