Israel Bunuh Dua Remaja Palestin, Polis Dunia Membisu

KUALA LUMPUR – Tentera regim Israel sekali lagi melakukan tindakan tidak berperkemanusiaan apabila menembak dua orang remaja Palestin sehingga mati.

 

Menurut akaun Facebook milik Aman Palestin, remaja tersebut dikenali sebagai Ayham Subih dan Omar Taha yang masing-masing berumur 14 tahun.

 

Tindakan kejam itu telah mencetuskan kemarahan pengguna laman sosial malah apa yang mendukacitakan apabila Amerika selaku ‘polis dunia’ sekali lagi gagal mengambil sebarang tindakan.

 

Menurut Jay’s Territories tindakan regim Israel itu disebabkan kegagalan negara Islam sendiri kerana leka ‘berperang’ sesama sendiri

 

“Dunia Islam tengah sibuk berperang.. masa ini la Israel ambil pluang yang kelmarin tu lagi dasyat.

 

“Berpuluh das tembakan di tuju kepada remaja tanpa senjata (sehingga) mayat tersebut hancur. Dimana Bridged Al-Aqsa?,” tulisnya di laman media sosial Facebook.

 

Seorang pengguna Facebook, Mega Fitri mempertikaikan kegagalan negara Islam untuk bersatu bagi menyatakan bantahan atas tindakan tidak bertamadun itu.

 

“Pelik gila lah…30 negara islam boleh bersatu untuk memerangi isis disyria trmasuk malaysia….tapi kenapa tak nak bergabung serang israel…..???? ini semua propaganda yang terlaknat,” katanya pula.

 

Sementara itu Syafiq Ridzuan melahirkan rasa kecewanya terhadap Pertububan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membisu tanpa sebarang inisiatif bagi menanggani masalah tersebut dari terus berulang.

 

“Rakyat Palestin dibunuh setiap hari kenapa PBB tak hantar pasukan pengaman….Jawapannya dunia sudah buta dengan pencacai – pencacai  Zionis sering membasuh tangan Israel,” ujarnya. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.