Hentikan Fitnah, Jangan Politikkan Isu Tabung Haji – Azeez

Baling – Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meminta pihak yang tidak bertanggungjawab supaya berhenti menyebarkan fitnah mengenai Tabung Haji.

 

Beliau menyifatkan tindakan pihak berkenaan cuba meracuni rakyat, terutama pendeposit Tabung Haji, sebagai bermotifkan politik semata-mata.

 

“Kalau nak serang saya, seranglah saya dari segi politik tapi jangan serang saya melalui isu Tabung Haji tanpa usul periksa… hentikanlah,” katanya kepada pemberita selepas Program Melestarikan Integriti Tabung Haji Bersama Masyarakat Baling di Dewan Badminton Kupang di Baling, semalam.

 

Beliau menegaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap penyebar fitnah berkenaan.

 

Dalam perkembangan lain, Azeez berkata pihaknya akan cuba mempertahankan kos menunaikan haji pada tahun ini iaitu RM9,980 bagi jemaah haji yang pertama kali menunaikan Rukun Islam ke-5 itu.

 

“Tabung Haji akan menanggung subsidi haji sebanyak RM180 juta untuk musim haji tahun ini,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.