ATM, JDT Pasukan Terkuat – Alberts

KUCHING: Jurulatih dari Belanda, Robert Alberts berpendapat Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  dan Johor Darul Takzim (JDT) merupakan dua pasukan terkuat dalam Liga Super Malaysia musim ini.

 

“ATM sepatutnya mempamerkan prestasi lebih baik dalam liga selain JDT kerana mereka mempunyai pemain asing yang baik termasuk pemain Piala Dunia (JerryNelson Palacious Suazo dari Honduras) dan beberapa pemain tempatan yang bagus,” kata jurulatih Sarawak itu semasa ditanya pasukan mana yang kuat dalam liga.

 

ATM turut diperkuat dengan khidmat dua pemain Nigeria, Obinna Nwaneri dan Abdulafees Abdul Salam.

 

Malah jurulatih pasukan itu, B.Sathianathan berkata beliau mempunyai pasukan lebih baik musim ini namun tertanya-tanya kenapa mereka tidak mampu menang dalam dua perlawanan awal.

 

ATM kalah 0-2 masing-masing kepada Kelantan dan Perak.

 

Menurut Alberts, terdapat juga pasukan kuat dalam Liga Perdana kerana mereka mempunyai bajet lebih besar untuk membeli pemain asing yang bagus dan membayar pemain tempatan dengan gaji lebih menarik.

 

Beliau berkata terdapat pemain dalam pasukan Liga Perdana dibayar gaji lebih tinggi daripada sesetengah pemain tempatan dalam pasukannya.  – MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.