Lapan Remaja Lemas Memancing Di Lombong

SEGAMAT: Lapan remaja lelaki berusia antara 13 dan 16 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Buluh Kasap di sini, kira-kira 9.30 pagi Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra Mohd Aizat Mamat pihaknya masih mencari kesemua remaja itu, yang merupakan sebahagian daripada sekumpulan 13 remaja yang berekreasi di sungai itu sempena cuti hujung minggu negeri ini.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila seorang daripada remaja itu menghadapi kesukaran ketika berada di dalam sungai menyebabkan tujuh rakannya cuba membantu.

“Namun, rakan-rakan lain itu turut berhadapan dengan kesukaran ketika berenang di dalam sungai itu menyebabkan kesemua mereka dipercayai lemas,” katanya.

Lima remaja lain selamat, katanya.

Sungai itu, yang terletak berhampiran sebuah kuari menyedut pasir, adalah kira-kira 10 km dari bandar Segamat dan merupakan kawasan rekreasi yang popular bagi penduduk sekitarnya.

Mohd Aizat berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 9.48 pagi sebelum anggota dan jentera tiba di tempat kejadian kira-kira 10 pagi.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa masih diteruskan selepas anggota-anggotanya melakukan selaman pertama di sungai itu yang sedalam antara 15 dan 20 meter, selain dipenuhi lumpur dan kayu.

“Pasukan kami akan melakukan selaman kedua dan yakin dapat menemui mangsa.

“Insyallah, jika berjaya menemui mangsa pertama, kita akan menemui mangsa lain kerana yakin kelapan-lapan mangsa berada berdekatan satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Supt Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan kejadian itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.