VIDEO: Timbalan Menteri Mengamuk Jentera PH Ditahan Penyokong BN, Bendera Dikoyak

KUALA LUMPUR – Sejak malam tadi tersebar rakaman video menyaksikan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH), seorang timbalan menteri Pakatan Harapan (PH) berang selepas jentera Barisan Nasional (BN) didakwa mengoyakkan lambang partinya yang dilekatkan pada kenderaan milik kerajaan negeri Pahang dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands, semalam.

Dalam satu rakaman video yang tersebar, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dilihat menjerit kepada anggota parti itu dengan mengatakan tindakan jentera itu keterlaluan dan “kurang ajar”.

Difahamkan penyokong BN bertindak menahan pacuan empat roda itu dan mengoyakkan bendera Malaysia yang ditampal padanya bagi membuktikan bahawa kenderaan tersebut adalah milik Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sekaligus mahu membuktikan jentera PH menyalah gunakan harta kerajaan untuk berkempen.

Dalam rakaman video itu, Tengku Zulpuri mengakui penyokong BN ada hak untuk mencari bukti (PH salah guna harta kerajaan untuk berkempen) tetapi mereka tiada hak untuk menahan dan mengoyakkan bendera yang disifatkannya sebagai perbuatan kurang ajar.

“Cari bukti boleh, tapi awak tak boleh koyak macam gitu, awak tak boleh buat kurang ajar,” katanya kepada salah seorang penyokong BN dalam video berkenaan.

Tambahnya lagi, mereka (penyokong BN) juga boleh ambil gambar kenderaan dan nombor pendaftaran untuk membuat laporan (kepada SPR) tak perlu tahan dan koyakkan bendera seperti gangster.

2 thoughts on “VIDEO: Timbalan Menteri Mengamuk Jentera PH Ditahan Penyokong BN, Bendera Dikoyak

  • January 26, 2019 at 3:20 pm
    Permalink

    Insyallah jika korang semua steady tenang dimana2 PH tanding bolih menang punya??
    Jgn undang isu remeh temeh… tak standard ??

    Reply
  • January 26, 2019 at 3:22 pm
    Permalink

    Rakyat cakap tk sokong PH…takpe..undi nanti kita tau PH akan menang insyallah..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.