SPR ‘Rabun’ Di Cameron Highlands – Annuar Musa

Umno mendakwa Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) ‘rabun’ apabila gagal melihat kesalahan yang dilakukan parti bertanding ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa berkata ini kerana pembuatan keputusan SPR hanya ‘dikuasai’ oleh seorang saja.

“SPR (kata) memandang serius pelanggaran peraturan pilihanraya pada PRK Cameron Highlands

“Tapi dah berlambak yang salah dan kantoi, SPR rabun serius dan tak nampak,” ciap Annuar di Twitternya hari ini tanpa memperincikan jenis kesalahan yang didakwanya itu.

Selain itu Annuar juga dipercayai merujuk ciapannya itu kepada Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun.

“Maklumlah namanya suruhanjaya. Sebenarnya satu orang saja yang buat keputusan. Dan seorang itu dah di ketahui berpihak kepada satu pihak saja,” kata Annuar lagi.

Komposisi SPR

Annuar pada 18 Januari lalu mempertikaikan sama ada kewujudan SPR ketika ini adalah sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ia ekoran suruhanjaya itu ketika ini hanya dikendalikan oleh seorang individu iaitu pengerusinya, Azhar Azizan selepas timbalan pengerusi dan lima anggota pesuruhjaya lain meletak jawatan pada 31 Disember tahun lalu.

Menurutnya, berdasarkan Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan, SPR hendaklah terdiri daripada pengerusi, timbalan pengerusi dan 5 orang anggota lain.

Beliau berkata, SPR tidak boleh wujud jika hanya mempunyai komposisi hanya dengan seorang pengerusi. -Malaysiakini

One thought on “SPR ‘Rabun’ Di Cameron Highlands – Annuar Musa

  • January 22, 2019 at 11:50 am
    Permalink

    Korang lagi rabun masa dulu umno buat salahlaku..rasuah?? Sendiri kabur rabun cakap org lak?, macai….macai..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.