“Saya Tidak Ada Masalah Dengan Tarian Itu, Tapi…”

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Setiawangsa dari Pakatan Harapan (PH), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata semua pihak khususnya individu penting dalam negara sepatutnya mengekalkan sikap profesional dalam semua fahaman yang berbeza.

Beliau berkata, tindakan itu sekurang-kurangnya sejajar dan konsisten berdasarkan dengan kritikan yang dibuat ketika negara diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak mempunyai masalah dengan tarian itu, tetapi isunya ialah tidak mengekalkan jarak profesional antara fahaman yang berbeza.

“Ini adalah sebahagian daripada tradisi bagi kerjaya undang-undang. Ya itu tradisi, tetapi begitu juga dengan isu perkahwinan kanak-kanak. Kita mahu tukar hak itu dan tradisi tidak statik dan mesti bergerak seiring dengan masa,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Dalam video yang tular itu, Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Peguam Negara, Tommy Thomas menari bersama di atas pentas dengan beberapa individu lain dalam acara yang dipercayai majlis Makan Malam Gala Pembukaan Tahun Perundangan 2019.

Selain kedua-dua tokoh itu, antara mereka yang berprofil tinggi didapati berada dalam video sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong serta peguam-peguam yang dilihat sebagai pro-PH, Datuk S. Ambiga dan Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.