Peguam Mat Sabu Akan Hantar Notis Tuntutan Terhadap KJ

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin atau KJ berhubung dakwaan menggunakan jentera tentera untuk berkempen pada pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan, Amin Shah Iskandar berkata peguam Mohamad akan menghantar notis undang-undang kepada Khairy dalam jangka masa terdekat.

Ini kerana katanya Mohamad telahpun menjelaskan mengenai dakwaan tersebut dan tindakan Khairy mengulangi tuduhan itu adalah suatu fitnah.

“Dalam satu kenyataan pada sidang media di Kampung Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang hari ini, bekas ketua Pemuda UMNO itu mengeluarkan kenyataan fitnah yang mengatakan menteri pertahanan menggunakan jentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) sempena PRK di Cameron Highlands.

“Khairy terus mengeluarkan kenyataan fitnah ini walaupun Kementerian Pertahanan sudah pun menjelaskan mengenai perkara ini dalam satu kenyataan pada 15 Januari 2019 yang lalu.

Terdahuku Khairy berkata pentadbiran PH cakap tidak serupa bikin dengan menyalahgunakan jentera kerajaan bagi tujuan berkempen.

“Peguam peribadi kepada menteri pertahanan akan menghantar notis tuntutan kepada Khairy dalam jangka masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Khairy dilapor kesal kenderaan dikatakan milik Jabatan Perhutanan digunakan jentera PH untuk berkempen, termasuk dakwaan mengatakan Mohamad ke Cameron Highlands menggunakan jentera tenterea.

“Ini tak termasuk lawatan menteri sempena PRK dengam alasan kebetulan atau dirancang awal. Termasuk Mat Sabu datang guna jentera ATM.

“Apa yang mereka tuduh BN selama ini guna jentera kerajaan, mereka yang amalkan lebih teruk lagi,” kata Khairy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.