TMJ Walau Kecewa, Tetap Bangga

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, skuad Bawah 23 (B-23) negara wajar berbangga biarpun tersungkur di suku akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) hari ini.

Katanya, tewas 1-2 kepada Korea Selatan di pu­singan tersebut perlu diambil sebagai satu pengajaran untuk peningkatan prestasi pada masa akan datang di samping melakukan yang terbaik untuk negara, lapor Utusan

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan skuad kebangsaan B-23 melangkah sehingga peringkat suku akhir dalam Kejohanan AFC B-23 2018.

“Walaupun kita berasa kecewa dengan keputusan hari ini, semua pemain dan barisan kejurulatihan patut berasa bangga dengan pencapaian anda semua.

“Anda semua telah berjaya mencipta sejarah untuk mewakili negara sehingga berada di peringkat ini. Sejarah ini tidak akan dapat dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Sekali lagi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemain dan barisan kejurulatihan skuad kebangsaan B-23.

“Kami sentiasa bersama anda dan bangga dengan pencapaian anda semua,” kata Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam menerusi Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.