Teh Dihalang Guna Dana Negeri

Tulisan asal oleh:
The Stars Online, 21 Januari 2018

GEORGE TOWN – Ahli politik ‘maverick’ DAP Teh Yee Cheu telah dihalang daripada menggunakan peruntukan RM200,000 untuk kawasan beliau.

ADUN Tanjung Bungah itu berkata beliau mendapat tahu mengenainya selepas memeriksa dengan Pejabat Kewangan Negeri pada hari Isnin.

“Saya dimaklumkan bahawa ia adalah keputusan oleh kerajaan negeri, tetapi tiada alasan yang diberikan,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Teh berkata beliau kemudian menghantar SMS kepada pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow, mengatakan bahawa keputusan itu adalah “tidak adil dan tidak matang”.

“Sudah tentu saya kecewa. Saya masih wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Sehingga hari ini, tiada jawapan daripadanya,” katanya.

Teh berkata beliau mendapat tahu bahawa peruntukan itu kini akan dikendalikan oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Pada hari Khamis, Teh berkata beliau menerima satu salinan surat yang dikeluarkan oleh pegawai daerah timur laut kepada semua Jawatankuasa Keselamatan dan Pembangunan Desa di kawasannya untuk merujuk kepada Zairil bermula dari 15 Januari untuk peruntukan.

Tambahnya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah tahunan sebanyak RM200,000 telah diperuntukkan bagi perbelanjaan bekalan dan projek kecil.

“Saya menggunakan wang ini untuk membantu golongan yang memerlukan seperti warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal dan pelajar miskin, dan membantu persatuan-persatuan tempatan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

“Kuasa saya untuk menyokong permohonan sebelum menghantarnya ke pejabat daerah juga telah ditarik balik,” katanya.

Teh menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk menimbang semula langkah itu demi kebaikan untuk rakyat.

“Pakatan Harapan sering mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan bertindak tidak adil terhadap wakil mereka, tetapi sekarang perkara yang sama berlaku kepada salah seorang penyokongnya,” kata Teh.

Beliau juga menimbulkan kebimbangan bahawa subsidi bulanan bernilai RM6,000 untuk pusat khidmatnya juga tidak diberikan.

Bulan lalu, beliau dilarang daripada mengesahkan permohonan mangsa banjir untuk bantuan RM700 yang diberikan oleh kerajaan negeri.

Link asal artikel:
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/01/21/teh-barred-from-using-state-funds-dap-rep-penang-govt-cut-me-off-from-rm200000-allocation-without-an/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.