Pramugari Panik, Penumpang Lahir Anak Dalam Pesawat

Seorang doktor kacak menerima pujian daripada orang ramai selepas membantu seorang penumpang melahirkan bayinya dalam pesawat.

Difahamkan, Dr. Sij Hemal (27), duduk dalam pesawat dari Paris ke New York, pada 17 Disember 2017 yang lalu.

Tiba-tiba berlaku kekecohan di dalam pesawat Air France tersebut.

Kemudiannya, kru penerbangan kelihatan sangat panik seraya bertanya jika mana-mana individu di dalam pesawat terbabit mempunyai latar belakang pendidikan perubatan.

Kemudiannya, Dr. Sij mengangkat tangannya, kerana berasa ada penumpang yang memerlukan bantuan doktor.

Apa kejutan Dr. Sij ketika dia menemui seorang wanita yang sedang hamil, air ketubannya telah pecah.

Wanita yang berada di kerusi barisan ekonomi itu sedang menahan kesakitan.

Wanita hamil yang dikenali sebagai Toyin Ogundipe (41), telah menaiki pesawat itu bersama anak perempuannya yang berusia 4 tahun.

Toyin tidak menyangka akan melahirkan anak secepat ini kerana perkiraan masa kelahirannya berbaki beberapa hari lagi.

Dengan pantas, Dr. Sij yang dibantu oleh ahli pediatrik yang juga berada di dalam pesawat berkenaan mengawasi keadaan wanita itu.

Pada mulanya, juruterbang itu mencadangkan pendaratan kecemasan di pangkalan tentera AS di Kepulauan Azores yang mengambil masa dua jam.

Ini kerana, kebiasaannya perjalanan dari Paris ke New York mengambil masa selama 8 jam.

Bagaimanapun, melihat keadaan wanita itu dalam keadaan memcemaskan, Dr Sij memberi jaminan kepada juruterbang, mereka boleh meneruskan perjalanan tanpa pendaratan kecemasan.

Dr Sij turut meminta kru untuk memindahkan Toyin ke kerusi utama yang lebih luas dan lebih tenang bagi membantu menyenangkan proses kelahiran bayi.

Dia menggunakan peralatan perubatan kecemasan yang terdapat dalam kabin pesawat bagi memantau tekanan darah, tahap oksigen, dan nadi ibu.

Sementara itu, ahli pediatrik, Susan Shepherd menyemak perkembangan dan tanda vital Toyin.

Kedua-dua doktor sangat cepat bertindak membantu Toyin melahirkan anaknya secara normal.

Tidak lama kemudian, Toyin melahirkan anak lelaki pada ketinggian 35,000 kaki di atas paras laut yang bernama Jake.

Dr. Sij kemudiannya mengikat tali pusat bayi dengan kasut.

Ketika Dr. Sij menjaga ibunya, Dr Susan membersihkan bayi kecil itu dan membalutnya dengan selimut dari kru kabin.

Terdahulu, menurut Dr Sij, dia telah membantu sebanyak tujuh kelahiran di hospital bersalin.

“Saya baru sahaja menyelesaikannya di sebuah Hospital di Paris.”

“Pada mulanya saya mahu memesan champagne di pesawat dan tidur dengan baik semasa penerbangan,” katanya kepada Mirror.

Dr. Sij Hemal berkata mujur dia tidak minum kerana jika dia mabuk, entah bagaimana nasib ibu dan bayi lelaki tersebut terangnya.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ibu, kerana jika dia tidak melahirkan dalam pesawat, saya tidak akan pernah duduk di bangku utama sepanjang hidup saya,” katanya dengan nada bergurau. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.