Patah Paha Rempuh Pokok

GUA MUSANG – Seorang pemuda patah paha selepas kereta Proton Saga yang dipandunya merempuh sebatang pokok di Kilometer 25, berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi, mangsa, Azizan Che Aziz, 20, yang memandu seorang diri tersepit di dalam kenderaan itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Zawawi Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.59 pagi sebelum 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian, lapor utusan

Katanya, sebaik tiba pada pukul 8.18 pagi pihaknya mendapati mangsa masih tersepit di tempat duduk hadapan bahagian pemandu.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 8.30 pagi dan dihantar ke Hospital Gua Musang menggunakan kenderaan kecemasan bomba,” katanya, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.