Bintang Filem Porno Ini Meninggal Diduga Disebabkan Kemurungan, Mungkin Ini Penyebabnya

Industri filem dewasa Amarika Syarikat (AS) kembali digegarkan dengan kematian  salah satu bintangnya.

Bintang porno, Olivia Lua (23) dikatakan meninggal dunia ketika ditimpa kemurungan.

Seperti yang dilaporkan oleh Daily Star, Lua memulakan kerjaya dalam industri filem dewasa pada tahun 2016.

DIa kadang-kadang menggunakan nama Olivia Voltaire.

Sejak awal Oktober tahun 2016, Lua mengalami masalah peribadi, sehingga terpaksa menjalani rawatan pemulihan.

Dia berehat selama tiga bulan dan hanya akan menyertai semula awal tahun ini.

Lua kembali bergabung dengan industri berbeza di Hollywood barat, kira-kira seminggu lalu namun, dia ditemui mati pada Sabtu (20/1/2018) pagi.

“Keluarga dan teman dekat mengatakan bahawa mereka sangat memperhatikan jumlah ubat yang ditetapkan untuk Olivia dan bahaya yang ditimbulkan kepadanya,” kata salah satu sumber dari agensi yang menaungi Lua.

“Jika ini bercampur dengan ubat-ubatan atau alkohol, dipercayai ini adalah penyebab kematiannya,” tambah sumber itu.

Lua adalah bintang filem dewasa kelima, yang meninggal dunia kerana kemurungan.

Sebelum ini, kematian August Ames menjadi perhatian, kerana disyaki telah dibuli di media sosial.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.