Empat Wanita Ditahan, Ikat Kanak-Kanak Di Taska

KUALA LUMPUR – Empat wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera di sebuah taska di Bangi dekat sini, hari ini.

 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, semua wanita berkenaan, berusia antara 24 dan 46 tahun itu ditahan petang tadi.

 

“Tiga wanita dipercayai pekerja taska ditahan di taska itu di Bandar Baru Bangi pada pukul 4.20 petang tadi.

 

“Hasil siasatan lanjut, seorang lagi wanita berusia 46 tahun yang merupakan pengurus taska berkenaan, ditahan di sebuah pangsapuri di Bangi pada pukul 5 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

 

Semalam, gambar kanak-kanak berkenaan yang diikat kaki dan tangan serta mulut mereka ditutup di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Bangi dekat sini, tersebar di laman sosial.

 

Menurut Othman, kanak-kanak terbabit juga telah menjalani pemeriksaan di hospital dan didapati tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.