Tun M Nafi Jauhi Perkasa Kerana Berbeza Pendapat

Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menafikan dakwaan beliau menjauhkan diri dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) kerana tidak sependapat.

 

Katanya, tidak ada sebab untuk menjauhkan diri kerana beliau tidak pernah terikat dengan NGO terbabit.

 

“Saya mengaku menyokong pendapat mereka (Perkasa). Terutama sekali apabila ia melibatkan pandangan ekstrim dari golongan bukan Melayu.

 

“Bagaimanapun, saya harus mengakui bahawa saya menyokong pandangan mereka terutama dalam memberi maklum balas pandangan pelampau yang terdiri daripada bukan Melayu,” katanya dalam tulisan di blognya chedet.com.

 

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Dr Mahathir tidak berpuas hati dengan cara Perkasa mengendalikan isu-isu perkauman yang sensitif sehingga pertubuhan itu tidak mahu dikaitkan dengannya walaupun masih menghormati pemimpin itu.

Menurut Dr Mahathir lagi, ketika masih menjadi Perdana Menteri, Perkasa juga masih belum wujud.

 

“Perkasa sendiri tidak akan wujud jika tiada (isu) pandangan ekstrim dari sebilangan bukan Melayu, mempersoalkan kelebihan dan hak Melayu, padahal orang Melayu sendiri tidak mempersoalkan kelebihan dan hak orang bukan Melayu atau menafikan hak yang diberikan kepada mereka oleh Perlembagaan.

 

“Saya juga boleh berkongsi dengan Perkasa beberapa idea saya dan pemikiran saya mungkin kebetulan sama dengan mereka,” tambahnya. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.