Tangisan Kanak-Kanak Dari Tangga Bergerak Gemparkan Pengunjung

Kota Kinabalu – Beberapa pengunjung sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya ini, gempar apabila terdengar jeritan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun selepas tangan kanannya tersepit pada tangga bergerak, semalam.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 petang, tangan kanak-kanak itu akhirnya dikeluarkan selepas hampir setengah jam tersepit sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.

 

Difahamkan, mangsa bersama ibunya menaiki tangga bergerak di tingkat lima kompleks berkenaan sebelum tangan kanak-kanak itu yang memegang bahagian pemegang tersepit lalu terheret sehingga ke tingkat enam.

 

Orang ramai yang melihat kejadian itu berjaya menghentikan tangga bergerak itu selain cuba mengeluarkan tangan mangsa.

 

Usaha pengunjung kompleks itu membuahkan hasil apabila tangan mangsa berjaya dikeluarkan selepas dibantu beberapa pekerja penyelenggaraan.

 

Mangsa kemudian dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut. –  Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.