Roma Tundukkan Empoli 2-1 Untuk Mara Suku Akhir Piala Itali

ROME: Roma menundukkan Empoli 2-1 selepas masa tambahan untuk melangkah ke suku akhir Piala Itali hasil sepakan penalti pada perlawanan awal pagi tadi.

 

Daniele De Rossi menyempurnakan sepakan penalti itu lima minit sebelum wisel penamat apabila memperdaya penjaga gol Empoli, Davide Bassi yang tersalah arah selepas Piotr Zielinski dipersalahkan kerana mengasari Leandro Paredes.

 

Roma bermula dengan baik apabila berada di depan dalam tempoh kurang lima minit selepas hantaran Douglas Maicon dikuis masuk oleh Juan Manuel Iturbe.

 

Bagaimanapun Empoli menyamakan kedudukan 10 minit sebelum tamat masa sebenar apabila Simone Verdi melepasi perangkap ofsaid untuk melepasi asakan Davide Astori dan penjaga gol Roma, Lukasz Skorupski sebelum merembat di hujung sudut.

 

Roma kini akan bertemu sama ada Fiorentina atau Atalanta pada peringkat suku akhir. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.