Pesawat AirAsia Naik Dengan Kelajuan Melampau Sebelum Terhempas

Jakarta – Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa didapati naik pada ketinggian yang tidak wajar, sebelum turun secara mendadak.

 

Menteri Perhubungan Indonesia, Ignasius Jonan bagaimanapun berkata punca sebenar yang menimpa pesawat Airbus A320-200 yang membawa 162 penumpang termasuk anak kapal itu, masih tidak dapat dipastikan.

 

“Pada saat-saat terakhir pesawat naik tidak wajar untuk menambah ketinggiannya, dan turunnya terlalu cepat.

 

“Pesawat itu naik secara tergesa selepas belok ke kiri dan naik dari ketinggian 32,000 kaki ke ketinggian 33,700 kaki dengan kelajuan 1,400 per/minit dalam tempoh enam saat,” katanya yang petik Kompas.com.

 

Jelas Jonan, selepas itu pesawat terus naik dengan kelajuan 6,000 kaki per/minit dari ketinggian 33,700 kaki ke 34,500 kaki.
Katanya, kenaikan pesawat dengan kelajuan 6,000 kaki per/minit sama sekali tidak wajar kerana kenaikan dengan kelajuan 1,000 hingga 2,000 kaki per/minit sudah dianggap luar biasa untuk pesawat komersial.

 

“Saya rasa pesawat tempur juga tidak mampu naik 6,000 kaki per/minit ” katanya.

 

Malah menerusi data radar juga, Jonan berkata, ia menunjukkan pesawat terus naik dari ketinggian 34,500 dengan kecepatan 8,400 kaki per/minit ke ketinggian 36,300 kaki dan terus naik dengan kelajuan tinggi sehingga mencapai 11,100 kaki per/minit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.