Pengguna Domestik Di Pahang Dikecualikan Bayar Bil Air Bulan Januari – Adnan

KUANTAN: Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob mengumumkan semua pengguna domestik di seluruh Pahang dikecualikan daripada membayar bil air bagi bulan ini.

 

Beliau berkata, ia bagi membantu meringankan beban mangsa banjir untuk membersihkan rumah dan persekitaran masing-masing selepas banjir besar bulan lalu.

 

“Ini adalah pengorbanan kerajaan negeri yang prihatin dengan mangsa banjir.

 

“Pengecualian bayaran bil air bagi bulan ini (Januari) membabitkan anggaran kutipan hasil sebulan bagi pengguna domestik sebanyak RM5.58 juta daripada 310,000 rumah,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.