Nik Aziz Stabil

Kota Bharu: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini berada dalam keadaan stabil walaupun ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

 

Anaknya, Nik Mohamed Abduh berkata, bapanya berada dalam keadaan separa sedar selepas menerima rawatan di sini.

 

Katanya, dia dimaklumkan doktor yang merawatnya, keadaan masih stabil.

 

“Ayah ditempatkan di sini (ICU) kerana perlukan rawatan rapi untuk penyakit kanser prostatnya.

 

“Keadaanya antara sedar dan tidak sedar namun stabil.

 

“Saya harap semua akan mendoakan kesihatannya,” katanya ketika ditemui di HUSM, hari ini. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.