Mangsa Banjir Yang DIjangkiti Penyakit Tangan, Mulut Dan Kaki Sudah Diasingkan

Kuching – Dua kanak-kanak yang dijangkiti penyakit tangan, mulut dan kaki yang dikesan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) St Peters, Simpok, Padawan, sudahpun diasingkan.

 

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah berkata, kedua kanak-kanak terbabit dikesan dijangkiti penyakit berkenaan pagi ini.

 

“Pihak Jabatan Kesihatan bertindak mengasingkan kedua-duanya bagi mengelak ia menjangkiti mangsa-mangsa lain,” katanya kepada pemberita ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan itu hari ini.

 

Menurut Fatimah, pasukan perubatan juga mengesan 40 mangsa menghidap penyakit tekanan darah tinggi dan lelah, manakala ibu mengandung segera dibawa ke klinik untuk tujuan pemeriksaan kesihatan.

 

Fatimah berkata, pusat pemindahan di SK St. Peter, Simpok menempatkan paling ramai mangsa banjir setakat ini, iaitu 1,015 orang daripada 268 keluarga, kesemuanya dari Kampung Simpok. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.