Kes Altantuya: Koperal Sirul Azhar Umar Ditahan Di Australia

KUALA LUMPUR: Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar sudah ditahan oleh pegawai imigresen di Queensland, Australia atas sabitan kes bunuh Altantuya Shaariibuu, lapor ABC News hari ini.

 

Sirul ditahan di Brisbane selepas Interpol mengeluarkan notis merah semalam terhadap anggota UTK itu yang dijatuhi hukuman gantung atas sabitan kes bunuh pada 2006.

 

Difahamkan Sirul masih ditahan pegawai imigresen Queensland tetapi tidak dapat dipastikan sama ada mereka bersedia untuk menyerah balik beliau ke Malaysia.

 

Sirul dan Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh Altantuya pada 2006 dan disabitkan kesalahan pada 2009. -Agensi / Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.