Keluarga Emma Maembong Bakal Muncul Dalam Program Realiti?

WAH, teruja pula rasanya apabila mendengar khabar mengatakan ada saluran televisyen berminat untuk menerbitkan program realiti mengenai keluarga Maembong yang dinamakan The Maembongs!

 

Biarpun belum ada kesahihan, kami pasti ramai yang sudah membayangkan ragam dan gelagat kecoh adik-beradik pelakon Emma Maembong seramai 11 orang itu.

 

Pendek kata, ala-ala program Keeping Up With The Kardashian yang cukup gah di Hollywood itulah..

 

Tapi, kalau benarlah program tersebut bakal diterbitkan, kami tertanya-tanya juga apakah reaksi bapa mereka yang juga seorang pelukis prolifik dan pakar rujuk seni negara, Ismail Maembong mengenai perkara ini?

 

Setahu kami, dia seorang yang cukup tegas dalam bab-bab berkaitan publisiti dan ia jelas terlihat menerusi kontroversi melibatkan perkahwinan anaknya, Yaya Maembong sebelum ini.

 

Apapun, kita tunggu dan lihat saja nanti. -MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.