Kalimah Allah: Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Tambah Hakim

Mahkamah Persekutuan menolak semakan yang difailkan oleh ketua biskop Gereja Roman Katolik agar panel hakim tersebut diperluas dengan tujuh atau sembilan orang hakim.

 

Cyrus Das yang mengetuai pasukan peguam yang mewakili ketua biskop itu berkata, panel lima orang hakim tidak patut membuat semakan ke atas keputusan oleh panel tujuh orang hakim sebelumnya.

 

“Ini bagi mengelakkan tanggapan umum yang mungkin timbul memandangkan ini merupakan kes berkepentingan awam. Apa-apa semakan perlu dibuat oleh panel yang lebih besar,” katanya.

 

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri menolak permohonan berkenaan dengan alasan, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria juga telah menolak permohonan gereja itu semalam.

 

“Panel ini tidak boleh menentang CJ yang berkuasa membentuk panel untuk mendengar sesuatu kes.

 

“Tambahan pula, aduan anda adalah mengenai penghakiman majoriti yang dibuat oleh empat orang hakim. Maka, panel lima orang hakim ini memadai untuk mendengar permohonan ini,” kata Hakim Abdull Hamid.

 

Mahkamah kini mendengar penghujahan semakan oleh Cyrus.

 

Gereja Katolik itu merayu ke atas keputusa Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan lidah rasminya The Herald untuk menggunakan ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan dalam seksyen Bahasa Melayunya. – Mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.