JDT Jadi Mangsa Kebencian – TMJ

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi mangsa kebencian beberapa pihak termasuk media dan persatuan bola sepak.

 

Namun katanya, semua itu tidak akan melunturkan semangatnya dalam memastikan pasukan JDT berada di hadapan.

 

“Kempen kebencian ini memberikan saya motivasi untuk berusaha lebih gigih lagi,” ujar Tunku Ismail menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tiger,  semalam.

 

Tunku Mahkota Johor itu menyifatkan, ‘kempen’ kebencian ke atas JDT umpamanya menyebabkan arena bola sepak negara tidak berkembang.

 

“Sikap sebegini daripada sesetengah individu, pihak media dan persatuan bolasepak yang lain cukup jelas menunjukkan mengapa Malaysia masih ditakuk lama,” ujarnya.

 

Tunku Ismail sebelum itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyokong JDT yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan itu. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.