Doktor Cedera Parah Akibat Ditembak Di Boston

NEW YORK: Seorang doktor cedera parah apabila seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di sebuah hospital di sini dan suspek kemudiannya menembak dirinya sendiri, kata polis di sini.

 

Ketua Polis Boston, Williams Evans berkata, kejadian berlaku sebelum tengah hari di sebuah hospital terkemuka di sini.

 

Keadaan kini sudah “terkawal”.

 

Polis menerima beberapa panggilan 911 kira-kira jam 11:00 pagi waktu tempatan yang melaporkan insiden tembakan di pusat kardiologi hospital itu dekat pintu masuk utama.

 

“Pada jam 11:07, kami terima satu lagi panggilan menyatakan seorang doktor ditembak dan orang ramai menyembunyikan diri di dalam pejabat,” kata Evans.

 

Katanya, kecederaan doktor terbabit dikatakan “amat parah”. – AFP / Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.