Bergambar Terlebih Mesra : Nuha AF Tidak Tahu Jaga Batas Seorang Wanita Berhijab?

Petaling Jaya – Gara-gara dia memuat naik sekeping gambar menunjukkan keadaan terlebih mesra dengan penyanyi Ewal, namanya terpalit kontroversi.

 

Dalam gambar yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya, @nuhaaf2014official, jelas kelihatan Nuha mengambil gambar dalam keadaan posisi badannya begitu rapat dengan badan Ewal.

 

Lantas dia dikecam hebat kerana bergambar dengan lelaki bukan muhrim dalam keadaan yang keterlaluan dan tidak menjaga batas sebagai seorang wanita berhijab.

 

Memetik kenyataan di Kosmo! penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF2014) ini berkata, tujuan dia memuat naik gambar itu hanyalah untuk mempromosikan rancangan yang saya sertai iaitu Karok La Kau yang disiarkan di Astro Ria. Namun dia tidak menyangka pula gambar itu mencetuskan buah mulut orang.

 

Katanya, perkara itu berlaku dalam keadaan spontan dan ketika gambar tersebut diambil, kedudukan kami tidaklah serapat seperti yang terlihat dalam gambar itu.

 

“Bagi saya, perkara ini bukan masalah besar sebab saya tahu perkara sebenar yang berlaku. Ketika gambar tersebut diambil, kedudukan kami tidaklah serapat seperti yang terlihat dalam gambar itu.

 

“Segalanya terjadi dengan tidak sengaja dan dalam keadaan spontan. Masing-masing sedang sibuk dengan penggambaran sebuah program pada waktu itu dan secara tiba-tiba ada rakan yang mahu mengambil gambar kami. Jadi, secara pantas kami berdua menunjukkan pose masing-masing.

 

“Dengan keadaan bilik yang kecil, jadi saya terpaksa menundukkan sedikit bahagian badan.

 

“Pada waktu mahu memuat naik gambar itu, saya tidak fikir apa-apa yang tidak betul pada gambar tersebut. Selepas memuat naik, saya menyambung semula kerja yang dilakukan. Kalau orang di luar sana masih mahu bercakap buruk tentang saya, saya tidak kisah, sebab saya tahu saya tidak salah. Apa yang penting, saya tahu siapa diri saya, itu sudah cukup.

 

Kata Nuha lagi, sebagai seorang artis dan gadis yang berhijab, dia tahu batas-batas pergaulan. Tidak mungkin dia tidak terfikir tentang perkara seperti itu. Cuma, mungkin keadaan mereka pada waktu itu tidak disengajakan, itu sahaja.

 

“Orang boleh bercakap apa sahaja. Terpulang kepada semua kalau masih mahu bangkitkan lagi isu gambar itu. Sejujurnya, saya sudah penat mahu menjelaskan perkara sebenar kepada khalayak. Makin dilayan makin ramai yang bertanya.

 

“Jadi, saya ambil pendekatan untuk tidak ambil kisah lagi dengan isu tersebut. Untuk meredakan keadaan, saya juga sudah buang gambar itu daripada akaun Instagram saya.

 

“Bukan sebab takut tetapi saya tidak mahu perkara ini menjadi lebih besar dan risau juga kalau ada pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasikan gambar itu. Jadi, lebih baik saya buang awal-awal,” katanya. – Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.