Bekas Vokalis Kumpulan Rock Popular Ditahan Positif Dadah

Seorang penyanyi kumpulan rock balada yang terkenal sekitar tahun 90-an telah ditahan tengah malam tadi bersama seorang wanita dan dia didapati positif dadah jenis Morfin.

 

Kira-kira pukul 12.30 tengah malam, satu pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang telah menyerbu sebuah rumah di Taman Keramat dan menahan seroang lelaki dan seroang wanita.

 

Hasil pemeriksaan polis, telah menemui satu paket plastik disyaki dadah jenis Heroin dengan berat kira-kira 1.2 gram di atas tilam di dalam bilik penyanyi itu.

 

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek iaitu penyanyi itu mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis Syabu dan Heroin selama 10 tahun.

 

Suspek juga dikatakan mendapat bekalan dadah dari seorang lelaki yang telah ditahan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

Siasatan ketika ini masih diteruskan.

 

Wanita yang ditahan bersama penyanyi itu berasal dari Ampang berusia 32 tahun dan juga didapati positif dadah jenis AMP. – MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.