Kita Tidak Akan Berkompromi lagi – Zahid Hamid

Zahid

Kuala Lumpur – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi lagi dengan majikan dan semua pendatang tanpa izin (Pati) di negara ini.

“Bermula jam 12.01 pagi hari ini kementerian tidak akan lagi bertolak ansur, kita akan bertindak tegas, tetapi tidak akan melakukan kekerasan.

“Kita mahu undang2 negara ini dipatuhi oleh semua pihak termasuk semua warga asing yang menumpang tuah di negara ini”, katanya.

Menurut beliau, kerajaan selama ini banyak memberikan peluang kepada mereka.

“Kerajaan selama ini telah memberikan banyak peluang, contohnya baru-baru sehingga semalam masih banyak permohonan baru yang diterima.

“Ini kerana mereka menjangkakan kerajaan akan berlembut dan menangguhkan lagi tempoh operasi” katanya lagi.

Bermula pagi ini, kerajaan akan memulakan operasi bersepadu di seluruh negara secara besar-besaran.

Operasi pagi tadi turut disertai oleh Rela, PDRM, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Pendaftaran Negara, Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Agama Islam Selangor.

Di dalam taklimat yang diadakan sebelum operasi, Zahid turut menasihatkan rakyat agar tidak memilih pekerjaan.

“Kita mahu pengangguran sifar, kita mahu peluang pekerjaan diberikan kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu.

“Rakyat Malaysia jangan memilih pekerjaan, supaya ekonomi mampu berkembang dengan baik”, ujar beliau lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.