Dana kerajaan RM600 bilion tak patuhi tatacara kewangan akan disiasat SPRM – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan secara telus berhubung dakwaan penggunaan dana kerajaan yang tidak mematuhi tatacara kewangan berkaitan RM600 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bersangkut isu RM600 bilion nilai pakej rangsangan ekonomi, angka tersebut bukan daripada pihak beliau, sebaliknya, ia sering disebut oleh Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa berkempen pada PRU-15.

“Tugas saya setelah mengambil alih Kerajaan ini adalah untuk mencerakinkan angka tersebut mengenai berapa sebenarnya perbelanjaan Kerajaan dan berapa perbelanjaan bukan fiskal.

“Kerajaan menyerahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan secara telus berhubung dakwaan penggunaan dana kerajaan yang tidak mematuhi tatacara kewangan,” tegas Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Tambah beliau lagi, semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH), bilangan cabutan khas telah dihadkan kepada 8 setahun. Namun, kerajaan terdahulu yang termasuk Bersatu dan PAS telah meningkatkan bilangan cabutan khas kepada 22 setahun pada tahun 2021.

“Antara keputusan awal saya selaku Menteri Kewangan adalah untuk menurunkan kembali bilangan cabutan khas kepada 8 setahun mulai tahun 2023. Kerajaan bersedia menerima penurunan dalam kutipan cabutan khas daripada 200 juta ringgit untuk 22 cabutan khas kepada sekitar RM70 juta bagi 8 cabutan khas,” jelas beliau lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat