Pelakon Wanita Sertai Pesta Liar Anjuran Datuk Muda Ditahan Polis

KUALA LUMPUR — Seorang pelakon wanita ditahan polis berikutan kehadirannya dalam pesta liar tajaan ahli perniagaan bergelar Datuk awal pagi semalam.

Pelakon drama bersiri dan telefilem berusia pertengahan 40 tahun ditahan jam 12 .30 tengah malam bagi membantu siasatan penganjuran aktiviti melibatkan dadah.

Disahkan bebas dari bahan tersebut, pelakon itu antara 11 lelaki dan lapan wanita tempatan yang ditahan di kondominium mewah di Bukit Ceylon, lapor Berita Harian.

Memetik sumber, ahli perniagaan berusia 28 tahun membiayai perbelanjaan pesta tersebut termasuk pembelian dadah dan sewa kondominium RM1,000 semalaman.

Polis turut merampas empat paket plastik disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine. Beberapa peralatan muzik juga ditemui dalam premis tersebut.

Timbalan ketua polis daerah Dang Wangi Supt Rudy Abdullah mengesahkan serbuan berkenaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.