Kekang Penipuan Ejen, Persatuan Pengguna Gesa Tabung Haji Urus Umrah

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menyarankan agar Lembaga Tabung Haji (TH) dijadikan badan yang menguruskan lesen bagi ibadah umrah dalam usaha mengekang kegiatan penipuan oleh ejen yang mengendalikan pakej ibadah itu.

Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata TH mempunyai keupayaan dan kecekapan dan menguruskan dalam menguruskan hal-hal berkaitan haji dan hanya memerlukan pendekatan terakhir untuk menggabungkan perkara-perkara berkaitan umrah dalam mekanisme sedia ada.

“Kami menggesa Akta Tabung Haji 1995 dipinda bagi memasukkan perkara-perkara ibadah umrah dalam akta tersebut.

“Jika perlu, perbaharui sistem yang sedia ada untuk membolehkan Tabung Haji menjadi badan yang mengendalikan hal ehwal umrah,” katanya.

Beliau berkata CAP percaya langkah TH menguruskan hal-hal berkaitan ibadah umrah adalah cara terbaik untuk menghapuskan isu penipuan pakej umrah. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.