Masalah Gangguan Air Merebak Ke Shah Alam

KUALA LUMPUR – Masalah gangguan air yang menghantui kira-kira 3.8 juta penduduk Selangor dan Kuala Lumpur bertambah parah apabila kini merebak ke Shah Alam, sekaligus menjadikan kehidupan rakyat semakin rumit.

 

Kumpulan Air Selangor dalam kenyataannya lewat malam semalam memaklumkan gangguan air di beberapa kawasan di Shah Alam itu berpunca daripada penurunan paras air di Kolam Air Tandun disebabkan masalah di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3.

 

“Peralatan generator di loji tersebut telah mengalami masalah teknikal tetapi kini sudah beroperasi semula. Namun demikian, pengeluaran bekalan air terjejas sewaktu masa terhenti (downtime) generator tersebut,” jelas Kumpulan Air Selangor. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.