Tragedi majlis perkahwinan

LABUAN 20 Dis. – Kemeriahan majlis perkahwinan bertukar tragik apabila seorang peserta silat terbunuh secara tidak sengaja semasa membuat persembahan pada majlis itu di Kampung Patau-Patau semalam.

 

Pelajar kolej, Mohd. Amil Zulkarnain, 17, sedang membuat persembahan silat bersama-sama sepupunya yang juga berumur 17 tahun pada kira-kira 11.30 pagi ketika insiden itu berlaku.

 

“Semasa membuat persembahan silat pada majlis persandingan, Mohd. Amil telah ditikam di dada kanan dengan sebilah keris dan cedera parah.

 

“Dia segera dibawa ke hospital, bagaimanapun meninggal dunia beberapa jam kemudian,” kata Timbalan Ketua Polis Labuan, DSP Ibrahim Mohd. Ghani kepada pemberita hari ini.

 

“Penyerangnya’ kemudiannya ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan (secara cuai menyebabkan kematian),” katanya. – BERNAMA

One thought on “Tragedi majlis perkahwinan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.