TMJ:Ada calon tidak layak

MAJLIS Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 menyaksikan beberapa kategori penting didominasi barisan pemain dan pengurusan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila lapan anugerah penting berjaya dirangkul daripada 17 yang dipertandingkan.

 

Program diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Piramid, kelmarin, turut menyaksikan Skuad Harimau Selatan dinobat sebagai penerima Anugerah Khas selaku pasukan bola sepak tanah air paling banyak merangkul kejuaraan pada musim 2015.

 

Meskipun begitu, Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut mengulas berkenaan beberapa pencalonan untuk beberapa kategori tertentu pada majlis berkenaan.

 

Katanya, beberapa calon disenaraikan kali ini dilihat tidak layak dan seperti mendapat kepentingan politik daripada pihak tertentu.

 

“Saya tidak mengambil serius anugerah ini kerana ianya dilihat dipengaruhi politik. Sepatutnya pengiktirafan harus diberikan kepada yang layak, bukan untuk menjaga hati pihak tertentu,” katanya menerusi laman Facebook, Johor Southern Tigers (JST).

 

Tunku Ismail berkata, pencalonan disenarai Persatuan Bola Sepak Kebangsaan (FAM) sejak mula lagi tidak dapat persetujuan dan pengiktirafan beliau.

 

Katanya, untuk tersenarai sebagai calon sesebuah anugerah, seseorang itu perlu mempunyai kelayakan dan berbaloi dengan usaha dalam sesebuah kelab.

 

“Semasa saya dimaklum FAM berkenaan pencalonan, saya tertawa sendiri. Bagi saya, jika hendak mencalonkan anugerah jurulatih terbaik, pilihlah yang mempunyai pencapaian seperti Mario Gomez, Mehmet dan Tan Cheng Ho, yang telah membuktikan kemampuan dengan pencapaian masing-masing.

 

“Mengapa calonkan Zainal yang tiada pencapaian tahun ini? Manakala untuk anugerah penyokong terbaik pula, mengapa Pahang yang menerimanya, sedangkan stadium mereka tidak sentiasa penuh, seperti di Larkin juga yang kadangkala tidak penuh? Bagi saya, yang layak terima anugerah adalah penyokong Kedah, kerana stadium mereka sentiasa penuh dari awal hingga ke akhir tahun,” katanya.-sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.