Laporan Pekerja Zoo Hamilkan Orang Utan Palsu

JAKARTA – Laporan yang mendakwa seorang pekerja zoo melakukan serangan seksual terhadap haiwan sehingga menyebabkan orang utan bernama Marilyn mengandung adalah palsu.

 

Ketua Zoo Heri Purwanto mengesahkan laporan itu palsu ketika menafikan zoo berkenaan mempunyai orang utan bernama Marilyn dan pekerja yang didakwa suspek dalam kes berkenaan.

 

“Kesemua laporan berita tersebut adalah palsu. Kami tidak mempunyai orang utan bernama marilyn atau pengarah bernama Abdoel Hakim,” katanya seperti yang dalam laporan tribunnews.com pada Sabtu.

 

Heri menambah, zoo berkenaan hanya mempunyai dua pengarah iaitu pemangku Pengarah Eksekutif, Aschta Mita Tajudin dan Pengarah Sumber Manusia, Fuad Hasan.

 

“Saya boleh pastikan bahawa terdapat pihak yang cuba memfitnah zoo ini,” tegasnya.

 

Laporan sebelum ini mendakwa seorang penjaga zoo di Surabaya berusia 38 telah ditahan selepas didapati melakukan hubungan sejenis terhadap orang utan.

 

Laporan itu juga mendakwa perbuatan berkenaan telah dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV). – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.