Remaja Mati Lemas, Sawan Dalam Air banjir

Tumpat – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang menghidap sawan mati lemas selepas terjatuh ke dalam air banjir di hadapan rumahnya di Kampung Teluk Jering di sini pagi Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, DSP Marzuki Mat berkata dalam kejadian kira-kira 7.10 pagi itu, Che Muhammad Anuar Che Hassan terjatuh ke dalam air dan ditemui kira-kira tiga minit kemudian.

“Kejadian disedari abangnya selepas melihat adik bongsunya itu terjatuh di dalam air yang kemudian cuba diselamatkannya bersama ibunya.

“Namun mangsa didapati telah meninggal dunia,” katanya kepada Bernama.

Remaja itu dikatakan menghidap sawan sejak setahun lalu, tetapi kerap diserang sawan sejak dua minggu kebelakangan ini. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.