Orang Terengganu Paling Tinggi Dalam Statistik Layari Laman ‘Porno’ – Pakar Perunding

Kuala Lumpur – Jika dilihatkan pada statistik yang dikeluarkan, ianya sesuatu yang amat membimbangkan. Kesibukan bekerja sehingga tidak mempunyai masa mencukupi untuk bersama pasangan, mungkin adalah faktor utama mengapa jumlah individu yang melayari laman sesawang lucah lebih tinggi di Terengganu, Kelantan, Kuala Lumpur dan Miri, Sarawak.

Pakar Perunding Psikologi Dan Keluarga, Suzana Ghazali Berkata, Mereka Yang Tinggal Di Terengganu Dan Miri Contohnya, Mungkin Bekerja Dalam Sektor Minyak Dan Gas Yang Jarang-Jarang Pulang Ke Rumah.Pakar Perunding Psikologi Dan Keluarga Suzana Ghazali

Menurut Suzana, disebabkan faktor itu, jumlah masa yang dihabiskan untuk melayari laman sesawang lucah lebih tinggi berbanding tempat lain di negara ini.

“Mereka sukar untuk pulang dan berjumpa isteri masing-masing di rumah, kerana sibuk bekerja, namun naluri seks masih ada dalam diri mereka. Oleh itu, mereka mungkin terpaksa melayari laman web berkenaan, disebabkan kekangan yang dihadapi tersebut,” katanya.

Tambah Suzana, kecanggihan teknologi hari ini memudahkan orang ramai mendapat akses internet, sekaligus membolehkan mereka melayari laman sesawang lucah.

Jelasnya, kini semua lapisan masyarakat, termasuk kanak-kanak memiliki telefon pintar dan sudah tentu tidak sukar bagi mereka melayari laman sesawang tersebut.

Beliau berkata, kajian menunjukkan, menonton bahan lucah memberi kesan sampingan tidak baik dalam hubungan suami isteri.

“Sekiranya si suami terlalu banyak menonton video atau gambar porno, terdapat kemungkinan tinggi mereka hilang fitrah asalnya dan kurang melakukan hubungan seks dengan isteri. Kini, terdapat ‘group’ (kumpulan) khusus dalam aplikasi WhatsApp yang diwujudkan khas untuk menyediakan bahan-bahan pornografi untuk disebarkan kepada orang ramai,” ujarnya.

Prof Madya Dr Rafidah Hanim MokhtarKetua penerangan wanita ISMA, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar mengakui bahan tatapan lucah kini semakin sukar dikawal dek kerana kemajuan teknologi yang memudahkan akses kepada bahan-bahan sebegitu.

“Budaya barat cuba mengkategorikan pornografi kepada bentuk ‘soft pornography’ dan ‘hard pornography’ sebagai pengkelasan tontonan pelbagai peringkat umur, tetapi bagi umat islam, kedua-dua bentuk itu adalah haram.”

“‘Hard pornography’ adalah naskah filem atau klip atau majalah (juga komik) yang secara terang-terangan menggambarkan aksi seksual atau alat kelamin secara nyata. Yang lebih bermaharajalela di kotak televisyen kita ialah ‘soft pornography’ atau aksi memberahikan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat.”

“Kategori kedua ini walaupun tidak menunjukkan secara nyata aksi hubungan seksual, tetapi ia turut bertujuan membangkit nafsu syahwat melalui iklan-iklan oleh model yang berpakaian separuh bogel dan video-video klip hiburan yang memaparkan aksi tarian yang mengghairahkan.”

“Saya tidak segan silu mengatakan sebahagian filem-filem tempatan kita dan sesetengah rancangan drama tempatan sudah pun memasuki kategori ‘soft pornography’, dan jika tidak dibendung, ia menjadi sesuatu yang diterima norma masyarakat.”

Beliau menyeru agar ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk persekitaran yang sihat dengan menjadikan rumah kawasan larangan dari kemasukan bahan-bahan tontonan yang melalaikan.

“Ibu bapa harus mengetahui bahawa terdapat apa yang dikatakan sebagai zina mata atau melihat kepada sesuatu yang berunsurkan maksiat. Zina mata atau “lahadhat” bukan hanya sekadar memandang, malah diikuti dengan pandangan selanjutnya.”

“Ibu bapa dalam hal ini perlu maklum bahawa sebarang bentuk pornografi, yang ditakrifkan sebagai “sebarang bahan yang memaparkan secara jelas alat kelamin atau perlakuan seksual, bagi membangkitkan nafsu syahwat” adalah haram.”

“Sekiranya ibu bapa dapat mengawal disiplin diri dengan ketat untuk tidak menonton perkara-perkara ini, dan menjadikan rumah kita kawasan larangan dari kemasukan bahan-bahan ini, insyaAllah sekurang-kurangnya anak kita tidak terdedah kepada bahaya sedemikian di dalam rumah kita sendiri,” jelas beliau. – SaysLive/ SinarHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.