Bekas Pengerusi Eksekutif TNB Meninggal Dunia

Kuala Lumpur – Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Ani Arope, 83, meninggal dunia jam 5:26 pagi ini.

Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Zuhur di Shah Alam.

Allahyarham dilaporkan menghidap barah prostat sejak lebih dua tahun lalu, demikian menurut ahli keluarga dan rakan rapatnya.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Balai Islam (TNB) Jalan Bangsar, di sini, jam 9 pagi bagi membolehkan orang ramai menziarahi dan memberi penghormatan terakhir. -Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.