8 Termasuk Bayi 18 Bulan Ditemui Mati Ditikam

Sydney – Sebanyak lapan kanak-kanak termasuk seorang bayi berusia 18 bulan ditemui mati akibat ditikam secara beramai-ramai dalam satu kejadian di sebuah rumah di bandar Cairns di utara Australia, hari ini.

Polis bergegas ke kediaman itu di negeri Queensland tengah hari tadi selepas menerima laporan tentang penemuan seorang wanita dalam keadaan cedera parah di rumah itu.

“Semasa memeriksa rumah itu, polis menemukan kesemua mayat kanak-kanak itu berusia antara 18 bulan hingga 15 tahun,’’ kata polis dalam satu kenyataan, lapor portal berita Al Jazeera.

Seorang detektif polis Queensland, Bruno Asnicar ketika ditemui media di tempat kejadian berkata, wanita yang cedera itu sedang mendapatkan rawatan dan membantu siasatan polis.

Agensi berita Associated Press di Australia yang memetik sepupu wanita tersebut sebagai berkata, kesemua kanak-kanak itu merupakan anak kepada wanita tersebut.

Katanya, seorang abang kepada kanak-kanak itu yang berusia 20 tahun tiba di rumah itu dan menemukan mayat adik-adiknya bersama ibu mereka.

“Wanita itu berusia 38 tahun dan dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Orang ramai tidak perlu bimbang tentang kejadian itu. Ia merupakan satu peristiwa yang amat tragik,’’ kata detektif itu. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.