PM minta rakyat terus sokong skuad bola sepak negara

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua rakyat Malaysia terus menyokong skuad bola sepak negara biarpun pemain Harimau Muda tidak berjaya melakar misi pingat emas hatrik pada Sukan SEA di Myanmar semalam.

Perdana Menteri yakin setiap pemain berusaha habis-habisan dan sudah melakukan yang terbaik.

“Walaupun kemenangan tidak berpihak kepada skuad Harimau Muda, saya yakin setiap pemain telah lakukan yang terbaik. Teruskan menyokong mereka,” katanya menerusi akaun Twitter milik beliau, hari ini.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu tewas 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Indonesia selepas perlawanan terikat 1-1 sehingga masa tambahan, di Stadium Zeyar Thiri.

Malaysia memenangi pingat emas pada temasya ke-25 di Vientiane, Laos pada 2009 dan di Jakarta dua tahun lalu.

Bagaimana pun, Malaysia masih berpeluang membawa pulang pingat gangsa sekiranya berjaya menundukkan Singapura pada perlawanan tempat ketiga esok. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.