VIDEO: Waytha Moorthy Punca Percikan Api Perkauman

KUALA LUMPUR – Demi keharmonian rakyat pelbagai kaum dalam negara, Pemuda UMNO Bahagian Parti Sulong membuat laporan polis agar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy disiasat kerana kata-katanya dalam video yang berbaur fitnah sehingga mencetuskan kegusaran.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Parti Sulong Dr Aswad Isnain berkata video tujuh tahun itu yang menunjukkan menteri itu berkata berlakunya diskriminasi kaum India dalam negara perlu berakhir.

“Saya selaku rakyat yang duduk di Malaysia yang berbilang kaum yang tidak suka sentimen perkauman menytakan rasa tidak puas hati dan ketidakperluan beliau berada sebagai menteri.

“Saya risau dengan tularnya video ini akan sebabkan percikan api perkauman yang mana selama ini kita sedia maklum pimpinan BN -UMNO kita sentiasa menitikberatkan keharmonian kaum,” katanya.

Dalam masa yang sama Waytha Moorthy juga didesak untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat selain melepaskan jawatannya.

Prtubuhan radikal Hindraf itu turut dianggap yang memburuk-burukkan Malaysia di negara luar dengan menyebarkan kenyataan palsu berbaur fitnah dalam satu seminar dengan Ahli-Ahli Parlimen Belanda di Eropah pada 2011.

Pada seminar itu Waytha Moorthy mendakwa orang India dipaksa menganut agama Islam jika mahu bekerja di sektor awam selain berkata kononnya kira-kira 10,000 kuil telah dimusnahkan.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.