Pemuda UMNO Buat Laporan, Polis Akan Panggil Waytha Bergantung Siasatan

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy selepas menteri itu menyokong untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Waytha uga dikatakan mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai kedudukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan selain perkara ini dilihat boleh menimbulkan rasa kurang senang di kalangan kaum bumiputera dan mencetuskan ketegangan kaum.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis akan memanggil Waytha hanya bergantung kepada keadaan dan siasatan kerana perlu meneliti semua laporan yang telah dibuat oleh pelbagai pihak.

“Sama ada kita akan panggil beliau atau tidak, itu bergantung pada siasatan. Kita akan teliti semua laporan yang ada untuk siasatan,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian. – Suara.TV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.